QAIRI IBRAHIM - SURVIVAL INSTRUCTOR
👋 Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Survival! Saya Qairi Ibrahim.
Saya merupakan pengasas HANDAL Survivalist di bawah kendalian HANSAT SOLUTION (KT0596363-P).
Asal-Usul & Pengalaman Semulajadi:
Berasal dari kampung terpencil, sejak kecil lagi saya telah dibesarkan dalam suasana hutan. Aktiviti harian saya sejak zaman kanak-kanak memang sudah sebati dengan alam, seluk-belok hutan, dan sumber air. Pengalaman hidup sebenar (raw experience) ini menjadikan saya sangat pakar dalam ilmu kemandirian hidup hutan tropika, serta aktif mengkaji sejarah dan warisan kemahiran Melayu lama.
Latar Belakang Ketenteraan (TUDM):
Ilmu hutan tersebut diperkukuhkan lagi apabila saya berkhidmat sebagai bekas anggota TUDM dari Bahagian Kejuruteraan (melibatkan Unit Radar, Pesawat Nuri, dan Sukhoi 30MKM). Saya mempunyai pengalaman luas dalam:
Latihan ketenteraan, survival, dan combat air rescue.
Operasi mencari pesawat terhempas & misi mengesan orang hilang.
Kepakaran sebagai combat medic, marshaller pesawat, serta pertolongan cemas ekstrim.
📦 PRODUK & PANDUAN KEMANDIRIAN HIDUP
Segala kepakaran, warisan ilmu hutan tropika, dan pengalaman operasi sebenar ini telah saya dokumentasikan ke dalam bentuk produk fizikal dan digital:
1. Kit Fizikal: Gobek Api Tradisional (Edisi Terhad)
Khazanah lama yang dihidupkan semula. Diperbuat daripada kayu teras pilihan yang sangat kukuh dan kalis cuaca. Menggunakan sistem tekanan udara fizikal untuk menghasilkan bara api dengan pantas tanpa bergantung kepada mancis atau gas pemetik api yang boleh habis.
2. Koleksi Digital: Siri E-Book Survival Hutan Tropika
Panduan langkah-demi-langkah (15–25 muka surat) yang padat, terus ke isi, dan mudah difahami oleh orang awam. Ditulis khusus berdasarkan geografi, iklim, dan sumber alam semulajadi di Malaysia.
⏳ Sistem bayaran dan siri produk digital sedang dikemas kini ke dalam halaman ini. Nantikan pelancaran rasmi tidak lama lagi!